Selasa, 29 Mei 2018

Lanjutan Lukisan (Pantun)



Bagaimana anda menginterpretasikan pantun dalam lukisan bagi penghasilan karya?

            Perkara pertama yang saya lakukan adalah memilih pantun yang mempunyai maksud menjurus kepada diri saya bukan sekadar sebagai pantun biasa. Sebenarnya pantun ini adalah dipilih sendiri oleh ibu saya yang katanya merupakan sifat diri saya. ceritakan dan terjemahkan menurut hati saya sendiri. Pantun itu ialah PUTIH UBAN TERLIHAT MATA, TANDA SUDAH TUA UMURNYA, RELA BERKORBAN KERANA CINTA, AGAR HIDUP KITA BAHAGIA. Ketika saya mendapat pantun ini, pertama kali saya lakukan adalah mencari makna tersirat, mencari kata kunci pada setiap baris malah perkataan tersebut.

            Setelah saya mengkaji setiap baris perkataan dan saya memahami tentang pantun tersebut yang memfokuskan bukan kepada cinta, kasih sayang tetapi bahagia dalam cinta bermaksud  bahagia yang datang dalam cinta sesudah mengharungi derita. Dalam baris pertama dalam pantun ini menyatakan tentang putih uban terlihat mata. Putih uban menggambarkan tentang usia, kitaran hidup, tempoh hidup atau perjalanan hidup seseorang yang dari usia muda sehingga lanjut usia. Saya menggambarkan imej 2 orang individu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang jelas terlihat tua usianya. Saya memperjelaskan lagi dengan melukis imej dua individu ini dengan wajah yang berkerut, baju yang lusuh, renungan mata yang redup seperti redupnya usia. Saya menggunakan media kering seperti pencil kerana mengambil kira kehalusan dan kejelasan urat-urat pada 2 individu tersebut. Ini menjelaskan kepada baris rangkap kedua iaitu tanda sudah tua umurnya.

            Pada baris rangkap ketiga pula iaitu rela berkorban kerana cinta. Sebelum saya memasukkan elemen tertentu saya cuba memahami apa itu rela, rela adalah apabila kita memberi sesuatu tanpa meminta balasan walaupun sekadar ucapan terima kasih. Rela dalam skop karya saya ialah kerelaan hati seorang ibu kepada anak. Oleh itu saya memasukkan imej wanita dengan seorang bayi atau ibu dengan anaknya. saya menggambarkan ibu dalam karya adalah untuk menggambarkan tentang kasih sayang ibu yang ikhlas, tulus dan berani berkorban kerana cinta. Kesakitan yang dirasai ketika melahirkan cinta disambut dengan senyuman hati. Sakit tidak terlihat mata tetapi cinta tergambar dengan senyumannya. Itulah imej yang saya gambarkan pada karya. Kenapa saya memasukkan elemen pokok kerana kerelaan berkorban ini bukan dari tunas nya sahaja tetapi ia tumbuh melakar segenap penjuru tanpa ada batas.

            Baris terakhir pada pantun  ialah agar hidup kita bahagia. Ketika saya membaca rangkap ini saya bertanya pada diri apakah itu hidup? pengertian hidup??...apa itu kita?? siapakah kita??..bahagi itu apa?? bagaimana bahagia itu ada??.. persoalan ini bermain difikirkan saya. Sukar untuk saya terjemahkan dalam  karya sehingga saya melihat gambar keluarga dan di situ saya temui sesuatu menjawab semua persoalan yang bermain difikirkan. iaitu ikatan. Ikatan apa??ikatan cinta yang diikat bersaksi dua cinta dan di lafaz untuk bersama-sama sehingga akhir hayat itulah bahagia kita. Itulah gambaran pada bahagian atas karya saya. saya menggambarkan dua individu dan dua kanak-kanak yang saling berpegang tangan menuju ke arah pokok yang sudah besar dan berkembang. Semua gambaran ini adalah doa yang dikimpal bersama-sama cinta.


Apakah bahan/media dan teknik yang digunakan bagi menghasilkan karya?

Antara bahan yang digunakan adalah pencil, arang, soft pastel, water colour dan oil paint. Media yang digunakan adalah media basah atas kering dan kering atas kering. Teknik yang digunakan adalah realistik.

Adakah warna memainkan peranan penting dalam penghasilan karya? Seperti luahan emosi?
Warna bukan hanya sebagai luahan emosi tetapi gambaran diri si pelukis pada pandangan saya. Jika melihat pada karya ini warna yang saya gunakan adalah biru, oren, kuning dan hitam. Warna biru pada imej dua org figura adalah kerana ketika saya sedih, atau berduka saya akan melihat langit kerana di langit saya akan terbayangkan wajah mereka. warna hitam digunakan untuk menggambarkan tentang kesusahan, penderitaan, kesedihan yang tersirat. tetapi warna putih dicalit pada warna hitam menggambarkan bahawa sinar pasti ada walaupun hanya di dalam kegelapan itu. Ia menyatakan tentang diri si pelukis bahawa pahit hidup itu ada kebahagiaan. warna oren dan kuning menggambarkan hari ini harus dilupakan, haris esok harus diteruskan, dan saat itu tiba sambutlah dengan senyuman. Warna bagi pelukis adalah makna tersirat yang diletakkan dalam  karya yang bersesuaian dengan situasi atau keadaan tertentu yang dialami sendiri oleh pelukis. warna bukan coletan pada karya tetapi adalah coretan diri pelukis.

Isu Kajian 3



ISU 3 (SOSIAL EKONOMI STATUS)
ANTARA DUA DARJAT
1.0 PENDAHULUAN
            Antara dua darjat sering menjadi ukuran dalam masyarakat pada zaman dahulu di antara golongan bangsawan dengan golongan bawahan. Soal status keturunan, kebangsawanan, kenegaraan dan kerjaya adalah sesuatu perkara yang cukup mengental dalam semua corak masyarakat tidak kira bangsa sekalipun. Pada masa kini, status seseorang juga menjadi ukuran yang semakin menular dalam masyarakat. Demi untuk menjaga statusnya sesetengah masyarakat sanggup menjadi zalim kepada orang lain. Menggunakan apa yang ada untuk memelihara status tersebut.
            Melihat kepada kisah filem P.Ramlee. Menceritakan bagaimana filem ini merupakan filem yang paling hampir kepada realiti sosial hari ini kerana memecahkan otak saintis-saintis sosial kontemporari. Soal status quo keturunan, kebangsawanan, kenegerian, ke-elitan adalah suatu perkara yang cukup sebati dalam lapisan masyarakat sehinggakan isu konflik falsafah kedarjatan ciptaan manusia ditentang dan dikritik oleh P.Ramlee semakin memuncak. Sehingga hari ini setelah lebih setengah abad, "kritikan2" beliau terus "dinikmati" orang tanpa jemu. Ini kerana, ia adalah realiti sosial yang sebenarnya memang ingin dilihat oleh semua orang.
2.0 ISU KAJIAN
Antara dua darjat semakin menular dan berkembang dalam setiap lapisan masyarakat kini. Walaupun zaman dan era itu sudah berubah namun isu darjat dan hierarki sosial menjadi kayu ukir dalam sesuatu perhubungan terutama soal perkahwinan yang melihat quo keturunan, kekayaan dan sebagainya. Keadaan ini telah memberikan kesan buruk dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang ingin pelukis ketengahkan adalah bagaimana antara dua darjat ini memberikan kesan kepada orang lain. Melihat impian mustahil diwujudkan dalam dua darjat yang berbeza kerana pelbagai kesan dan akibat yang bakal menimba kepada mereka. Apakah darjat itu menjadi ukur penentu kebahagian seseorang.

Isu Kajian 2





ISU (SOSIAL- KEMISKINAN)
SEDEKAH SI PENARIK BECA “SAUDAGAR SENJA”
1.0 PENDAHULUAN
            Dulu, kini dan selamanya sering kita mendengar masalah sosial yang melibatkan kemiskinan sering menjadi satu topik hangat yang sering berlaku pada segenap lapisan masyarakat. Kemiskinan yang berlaku kerana ketidakmampuan seseorang untuk memenuhi ruang lingkup kehidupan sehariannya. Tetapi adakah kemiskinan yang terlihat zahir itu menjadi satu garis ukur kepada ruang lingkup seseorang itu atau kemiskinan jiwa yang memiskinkan dirinya sendiri.
            Pengkaji ingin mengetengahkan sedekah si penarik beca yang sebenarnya tersembunyi di sebalik kemiskinan zahir yang sering menjadi topik perbualan masyarakat. Kemiskinan zahir tidak menghalang seseorang untuk memberi mengikut kemampuannya. Hakikatnya sedekah itu tidak melihatkan jiwanya miskin walaupun zahirnya/luarannya dia miskin. Kemiskinan itu menjadikan dia berjiwa besar dan kaya. “Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya”
(Kisah 1)
kisah menarik ini dikatakan kisah benar terjadi di daerah tertentu. Seorang penarik beca yang bernama Pak Kasan mempunyai amalan bersedekah yang unik. Pak Kasan akan memberi perkhidmatan menaiki beca percuma pada setiap hari Jumaat. Pada hari Jumaat seterusnya, si wanita kaya itu menaiki beca Pak Kasan lagi. Kali ini wanita mahu Pak Kasan membawanya ke rumah Pak Kasan. Katanya mahu berkenalan dengan keluarga Pak Kasan. Tanpa prasangka, Pak Kasan pun mengayuh beca ke rumahnya. Sampai di rumah Pak Kasan, wanita itu mendapati Pak Kasan hidup dalam kemiskinan dan memiliki seorang isteri yang solehah dan beberapa orang anak yang baik. Wanita itu berasa malu kerana beliau tidak pernah bersedekah tetapi Pak Kasan yang miskin ini masih mampu bersedekah. Dengan izin Pak Kasan dan keluarga, wanita tersebut mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji bersama keluarganya pada tahun tersebut.

(kisah 2)
Abah singgah solat di sebuah surau.Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.
Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat. 
Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya. Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi. 
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu. 
“Ini hok mu buat beli makanan.”
Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?” 
Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.” 
Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?” 
Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.” 
Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah. 
Abah mula berasa sebak. 
“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.
“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan. 

(Kisah 3)
“orang yang mati dalam keadaan kaya adalah memalukan.” Namun sebaliknya jika “mati dalam keadaan miskin” itu lebih baik tetapi agak mustahil dilakukan oleh setiap ahli perniagaan. Ini adalah kisah benar seorang penarik beca yang miskin tetapi mampu memberi sumbangan besar kepada rumah anak-anak yatim. Sejak tahun 1986, Bai Fang Li telah bekerja sebagai penarik beca. Dia merasakan anak-anak yatim dan miskin tidak mempunyai duit dan tidak mampu untuk ke sekolah. Sejak dari itu, dia bertekad untuk memberi sumbangan hasil daripada pendapatannya sebagai penarik beca.
            Pada awal musim bunga ketika itu, dia telah menyerahkan sejumlah wang bernilai RM180,540.00 kepada rumah anak-anak yatim yang terdiri daripada 300 orang anak-anak miskin. ketika itu, dia melihat seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 6 tahun membantu seorang wanita membawa barang-barang dapur yang dibeli dari pasar. Melihat keadaan kanak-kanak itu, dia pun menghulurkan duit kepadanya tetapi apa yang menghairankan ialah kanak-kanak itu tetap mencari sisa-sisa makanan dari tempat pembuangan sampah.
            Bai Fang Li mendekati kanak-kanak itu dan bertanya mengapa mengutip sisa makanan walaupun telah diberikan duit untuk berbelanja. Kanak-kanak itu menjawab, duit tersebut adalah untuk membelikan makanan buat adik-adiknya kerana ibu bapa mereka sudah tiada. Sejak itu, Bai Fang Li akan mengasingkan duit hasil pendapatannya untuk disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Biarpun Bai Fang Li sudah meningkat usia, dia tetap meneruskan pekerjaannya sebagai penarik beca walaupun hasil pendapatan yang tidak seberapa. Tetapi tiada siapa menyangka rupa-rupanya dia telah memberi sumbangan berjumlah RM210,630.00 kepada rumah anak-anak yatim sekitar tahun 1994-1998.Tindakan mulia Bai Fang Li sangat disenangi oleh ramai orang dan apabila dia meninggal dunia pada tahun 2005, pereka arca membina patungnya sebagai tanda peringatan di Tianjing Recreation Park.
2.0 ISU KAJIAN
Kemiskinan yang digambarkan oleh masyarakat pada era kini hanya melihat kemiskinan pada zahir. Kemiskinan hanya terlihat pada pandangan mata tetapi tidak sebaliknya. Kemiskinan dan kekayaan sering menjadi aras ukur kehidupan seseorang yang berjaya dan gagal dalam hidup. Masyarakat terus memandang dengan mata kasar bukan pada mata hati sehingga mereka tidak sedar kemiskinan itu bukan hanya kekayaan yang dimilikinya sekiranya kemiskinan jiwa itulah yang menjadikan dirinya miskin. Pengkaji mengetengahkan gambaran seorang yang diselubungi kemiskinan mempunyai jiwa yang kaya dalam memberi sedekah/bantuan kepada orang lain yang lebih memerlukan.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang pengkaji ketengahkan adakah kemiskinan itu menghalang seseorang untuk memberi bantuan/sedekah lantaran dirinya yang serba miskin. Persoalan yang timbul lagi, mengapakah seorang yang dilihat sudah berada dalam kemiskinan masih mempunyai sifat ingin membantu orang lain yang lebih memerlukan sedangkan dirinya juga memerlukan bantuan. Akhir sekali, apakah kemiskinan itu mendidik seseorang berjiwa besar dalam memberi.

Isu Idea Kajian 1




ISU 1 (KEBUDAYAAN)
SENI TARIAN KUDA KEPANG MASYARAKAT JAWA DIMALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
            Jika masyarakat Cina terkenal dengan Tarian Naga, masyarakat Jawa di Malaysia pula terkenal dengan Seni Tarian Kuda Kepang. Tarian Kuda Kepang adalah suatu tarian tradisional yang dibawa oleh masyarakat Jawa Indonesia ketika berhijrah ke Tanah Melayu. Kuda Kepang merupakan patung berupa kuda tanpa kaki yang diperbuat daripada anyaman buluh atau kulit binatang. Kemudian anyaman berbentuk kuda itu diwarnakan atau di balut dengan kain batik agar kelihatan lebih cantik dan menarik. Di Indonesia , yang menjadi negara asal Kuda Kepang, pada kebiasaannya Tarian Kuda Kepang ini dipersembahkan di majlis-majlis keraian dan menerima tetamu serta majlis perkahwinan.
            Di dalam persembahan Tarian Kuda Kepang, gerak langkah penari akan diiringi dengan alunan alat muzik serta lagu tertentu. Setiap penari akan menunggang kuda anyamannya sambal menari-nari. Pada awalnya, rentak tarian adalah agak perlahan tetapi semakin lama semakin agresif dengan lagak seperti kuda. Sehingga tiba di satu peringkat beberapa -penari seolah-olah hilang ingatan dan mampu melakukan aksi di luar jangkaan seperti melompat setinggi enam kaki, melompat di atas kaca , memakan rumput serta mengoyak kelapa dengan gigi.
            Tarian yang berasal dari Tanah Jawa , Indonesia ini , masih lagi dimainkan oleh masyarakat Jawa di Malaysia khususnya di negeri Johor sama ada untuk persembahan kesenian dan pelancongan ,malah di majlis-majlis perkahwinan. Namun begitu ada beberapa tempat lain seperti di Selangor juga bergiat aktif di dalam persembahan Kuda Kepang ini. Ini adalah kerana di Selangor juga memiliki ramai rakyat yang berketurunan Jawa. Tarian Kuda Kepang ini sememangnya diakui sebagai salah satu seni warisan masyarakat Jawa yang bernilai tinggi. Akan tetapi, dengan wujudnya unsur-unsur khurafat dan syirik yang sering dilihat memberi kesan dari sudut aqidah, syariat dan akhlak maka Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengharamkan kegiatan Tarian Kuda Kepang ini dari terus dimainkan.

2.0 ISU KAJIAN
Perkembangan dunia serba kini dengan teknologi moden secara halus telah membunuh tradisi sesebuah masyarakat terutamanya budaya seni tarian kuda kepang. Penghasilan teknologi baru seperti gaming, permainan elektronik dan robotik kian bertapak di dalam jiwa generasi baru pada masa kini dari kesenian budaya masa dahulu. Golongan muda tidak lagi berminat untuk menjaga dan memelihara tradisi masa lalu kerana ia dikatakan tidak bersesuaian pada era zaman moden kini. Hanya golongan tua yang masih memelihara budaya tradisi mereka yang kian dilupakan. Selain itu, Seni budaya tarian kuda kepang  semakin hilang keseniannya dalam era moden . Penggunaan teknologi dalam penghasilan sesuatu produk telah menarik golongan muda berbanding tradisi lama yang masih mengekalkan penggunaan bahan semula jadi. Akhir sekali, budaya tradisi masyarakat jawa golongan tua ini  kian dilupakan oleh golongan muda. Golongan muda telah banyak berpindah menetap di bandar-bandar dengan kehidupan yang serba moden. Mereka tidak lagi mempedulikan tradisi tarian kuda kepang yang hanya dipersembahkan dalam kalangan golongan tua malahan tidak berminat untuk meneruskan tradisi tersebut yang semakin lama akan mati.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang pengkaji ketengahkan adalah mengapa tarian kuda kepang yang masih berjiwa dalam golongan tua walaupun golongan muda sudah kian melupakan tradisi tersebut. Pengkaji juga mempersoalkan mengapa golongan muda merasakan tradisi ini tidak lagi bersesuaian dengan zaman mereka yang serba moden. Akhir sekali, pengkaji cuba mempersoalkan adakah kesenian tarian kuda kepang ini adalah jiwa budaya masyarakat jawa yang  menggambarkan identiti mereka yang mempunyai nilai atau keunikan tertentu.

Proses Melukis






Saudagar Senja




TAJUK KARYA
“SAUDAGAR SENJA”

SINOPSIS
Si penarik beca atau “saudagar senja” berkisar tentang keupayaan seorang warga emas mencari punca rezeki pada usia tua amat mengagumkan meskipun perlu melalui liku kehidupan mencabar dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Tidak menunjukkan keluh
Tidak menyatakan kesah
Walau lara acap mencucuk hati
Tidak pernah ku undur diri
Aku terus melangkah
melayari tabir kehidupan ini”

SAIZ
4’x5’

MEDIA
PENCIL, CHARCOAL DAN SOFTPASTEL


Sabtu, 31 Mac 2018

“Mimpi Belaka”


“Mimpi Belaka”
Karya Muhammad Galang Irnanda (Galang Koko)
70x60 cm
Mix media pada kanvas
2014


Lukisan  berjudul “ Mimpi Belaka” ini merupakan karya seniman muda Muhammad Galang Irnanda, atau sering disapa dengan nama Galang Koko. Karya ini dibuat pada tahun 2014 dengan ukuran 70x60 cm, menggunakan mix media yang terdiri atas cat minyak dan gambar cetak pada kanvas.  Lukisan tersebut menampilkan subject matter seorang manusia. Unsur warna pada subject matter menggunakan warna ungu muda dan tua. Pada background, terdapat warna putih, merah tua, merah muda, jingga, biru tua, biru muda, hijau kekuningan, coklat tua, coklat muda, kuning, dan hitam.
Karya lukisan “Mimpi Belaka” ini merupakan salah satu karya yang dipamerkan dalam pameran bertajuk “Pekan Wisper Kreatif” yang diselenggarakan di gedung Wisma Perdamaian, Semarang. Terdapat unsur seni rupa yang lain pada lukisan tersebut yaitu berupa garis dan tekstur.  Jenis garis yang terdapat pada subject matter adalah garis lengkung atau tak beraturan pada subjek manusia, garis tipis putus-putus dan garis-garis semu yang tercipta akibat dari pertemuan antara dua warna atau lebih pada background. Sedangkan tekstur yang digunakan dalam lukisan ini adalah tekstur kasar/tak rata pada background dan tekstur halus pada subject matter. Lukisan ini mempunyai keseimbangan asimetri, dan juga terdapat irama yang dinamis.
Dari segi teknik pembuatan, lukisan ini digarap dengan teknik kolas (menempel)  dan sapuan kuasa pada kanvas. Maksudnya, seniman mengambil gambar print out (gambar cetak) yang dipotong mengikuti pola gambar lalu ditempelkan pada kanvas. Kemudian pada tepi gambar diberi warna sehingga tidak terlihat gambar cetak yang tertempel pada kanvas. Background dibuat dengan teknik sapuan kuasa secara ekspresif dengan permainan warna analogus yang dicampur dengan warna putih sehingga menghasilkan warna-warna yang soft. Warna pada background dibuat dengan sapuan warna yang tebal denga sedikit minyak/pengencer sehingga tercipta tekstur yang kasar.
Teknik tersebut bukan merupakan sesuatu hal yang baru. Banyak pelukis-pelukis di Semarang yang menggunakan teknik tersebut. Selama ini Galang Koko selalu melakukan eksplorasi media dan teknik. Karya terdahulu Galang Koko selalu menggunakan media cat akrilik pada kanvas dan kayu dengan gaya ekspresif. Merasa tidak cocok dengan media tersebut Galang Koko mencuba untuk menggunakan media cat minyak dengan tenik sapuan kuasa yang halus dan menghasilkan karya yang realistik dan surealistik. Tak cukup puas dengan hal itu dia melakukan eksplorasi media dengan teknik mix media, iaitu mencampurkan beberapa media untuk melukis. Banyak karya Galang koko yang menggunakan teknik mix media dan teknik kolas antara cat minyak dan berbagai macam media yang ada di sekitarnya misalnya berupa kayu, seng, ranting pohon, peralatan rumah tangga, sampah daur ulang ,yang nantinya akan di tempilkan pada kanvas. Hal ini dilakukan galang koko sebagai upaya untuk pencarian jati dirinya dalam berkarya seni lukis mengingat dirinya adalah seorang seniman muda.
Subject matter dalam lukisan ini iaitu seorang laki-laki yang terlihat dari belakang ,hanya memakai celana pendek dan berambut panjang. Dengan posisi dalam keadaan duduk dengan kepala yang menunduk. Terlihat seseorang yang sedang merenung, gelisah, dan bingung. Seperti sedang memikirkan atau menginginkan suatu hal. Perwujudan sosok seorang laki-laki berambut panjang ini merupakan sosok diri Galang Koko sendiri. Dalam lukisan ini Galang Koko ingin memperlihatkan seorang pemalas yang mempunyai banyak harapan. Ia ingin merespons keadaan di sekitarnya, bahawa banyak orang yang mempunyai mimpi untuk melakukan/memperoleh suatu hal, tapi tidak ada suatu tindakan yang ia lakukan. Sehingga hal itu hanya menjadi sebatas mimpi dan omong kosong  belaka. Ini merupakan ungkapan perasaan yang dia alami sendiri. Yang menyebabkan muncul suatu perasaan bingung dan gelisah. Perasaan itu diungkapkan  pada subject matter yang diberi warna ungu muda dan ungu tua. Warna ungu mengandung makna kegelisahan, murung dan menyerah.
Harapan/mimpi dalam lukisan di representasikan dengan background dengan corak abstrak. Karena pada umumnya harapan berbentuk abstrak, tidak tampak, namun diyakini bahkan terkadang di batin dan dijadikan sugesti agar terwujud. Namun ada kalanya harapan tertumpu pada seseorang atau sesuatu. Harapan adalah bentuk dasar dari kepercayaan akan sesuatu yang diinginkan akan didapatkan atau suatu kejadian akan berbuah kebaikan di waktu yang akan datang. Pada praktiknya banyak orang mencuba menjadikan harapannya menjadi nyata dengan cara berdoa atau berusaha. Terdapat warna putih dominan yang keluar dari kepala sosok manusia tersebut, melambangkan sebuah harapan yang datang dari fikiran seseorang. Dalam lukisan ini terdapat juga tulisan-tulisan yang berisikan harapan-harapan yang diinginkannya. Berkenaan dengan itu semua sehingga muncullah sebuah judul “Mimpi Belaka”. Kata “mimpi” di sini merupakan pengganti dari kata “harapan”. Mimpi tidak hanya terjadi saat orang sedang tidur saja, tapi mimpi mempunyai beberapa macam jenis yang salah satunya adalah mimpi sebagai harapan. Dan kata “Belaka” mempunyai makna ”hanya atau sebatas”.
Lukisan yang berjudul “Mimpi Belaka” ini mempunyai nilai estetik yang  cukup tinggi. Dilihat dari peletakan subject matter di bagian bawah dan menyisakan ruang kosong yang cukup banyak, dan diisi dengan pemberian warna-warna soft. Sehingga mengarahkan mata appreciator/pengamat kepada subject matter atau sosok manusia, sebagai point of interest. Judul yang diambil sangat relevan dengan konteks lukisan tersebut. Lukisan ini mengandung pesan sosial yang sangat baik, iaitu jika kita memiliki sebuah mimpi atau harapan hendaknya diraih dengan suatu tindakan yang pasti, agar harapan itu dapat tercapai. Bukan hanya berharap namun tidak ada tindakan apa pun. Dalam lukisan ini terdapat juga kekurangan iaitu penulisan harapan-harapan yang kurang jelas untuk dibaca. Dan perwujudan seseorang yang mempunyai harapan tanpa tindakan belum dapat ditangkap oleh appreciator/ pengamat.  Appreciator akan lebih menafsirkan sosok tersebut sedang meratapi nasib akan suatu musibah yang ditimpanya. Dilihat dari teknik dan media yang digunakan karya lukis ini bergaya kontemporari. Dapat dipengaruhi bahawa lukisan ini merupakan lukisan yang cukup bagus karena mengandung pesan yang baik untuk disampaikan kepada masyarakat namun kurang komunikatif dalam penyampaian pesannya.

Monalisa



Kritikan Teori
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDlfVMhWgf7E8E0KZHYJM3Z1sEzEBP-1sPe6O0jbhbKDCoX8yTxy8epg3JkBQ9gkkCJuj9xXzXqs7I_50FVMaRrS3vyBoBBSKmQeefRIVTXBDmzfDy4wTx4Xp3r9z3T4dZAU8KDz7yTzc/s320/Leonardo+Da+Vinci+Mona+Lisa.jpg
Tajuk karya : Monalisa
Pengkarya: Leornardo Da Vinci
Seni adalah sesuatu yang indah. Pancaran keindahan itu terlihat dalam bahasa, puisi, nyanyian dan dendangan, lukisan dan ukiran, kreativiti kraf tangan, silat dan pencak. Indahnya seni menjadikan ia disukai kerana ada unsur harmoni dan syahdu, yang menyebabkan hati menjadi terhibur, perasaan menjadi terusik, lahirnya apresiasi, ada nilai estetika dan timbul rasa halus dan memberikan kepuasan rohaniah yang tinggi. Menerusi karya monalisa yang merupakan karya agung dunia. Banyak kritikan yang dijalankan menerusi kajian yang dilakukan. Ada pelukis dan penulis berpendapat, potret Monalisa tidak mampu disaingi mana-mana potret sehingga kini. Senyuman, lirikan mata dan raut wajahnya menyembunyikan pelbagai perkara yang banyak pengertian. Demikianlah tingginya pujian diberikan kepada Monalisa yang dihasilkan oleh pelukis Leonardo Da Vinci, pelukis Itali yang hidup dalam kurun ke-15 Masihi. Takrif keindahan ialah tafsiran pelukis terhadap modelnya yang duduk di depannya itu untuk dilukis. Pelukis Leonardo da Vinci mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan potret tersebut, dari tahun 1500-1504 dengan tujuan untuk merakamkan konsep kejelitaan yang dikongsi oleh masyarakat Itali pada zaman Renaissance. Ada ahli sejarah seni atau art historian mentafsir potret itu sebagai usaha Leonardo untuk mengimbas wajah ibu yang dia tidak kenal. Sebagai anak luar nikah Leonardo telah dipisahkan dari ibunya sejak dia kecil lagi. Semua watak-watak wanita yang dilukisnya mempunyai ciri keayuan ini sebagai tanda betapa rindunya Leonardo kepada ibu kandungnya itu.
Oleh itu, seni mempunyai kehidupannya yang tersendiri dengan kaedahnya yang tersendiri juga. Perkembangan demi perkembangan itu banyak bergantung kepada struktur dalaman. Ia menentukan kegiatan seni itu boleh berkembang. Gagasan perubahan ini tidak terbatas kepada lukisan dan catan sahaja, tetapi juga berlaku kepada semua bidang seni yang lain. Ia juga merupakan persoalan utama bagi amalan menghayati karya itu sendiri. Penekanan yang diberikan terhadap perkaitan atau hubungannya akan wujud pada keseluruhan karya seni itu. Analisis seni dari structuralism sama seperti amalan analisis ilmu lain. Pembicaraan yang agak sedikit tentang individu atau benda, tetapi lebih menekankan kaitan di antara perkataan dan bahasa tampak, di antara bahan dengan bahantara, konvensi atau unsur dan antara makna atau isi. Kaitan yang rapat di sini ialah di sebalik jalinan yang tidak terlihat dan tersorok yang membolehkan pelukis melukis dan penghayat menghayati serta pengkritik sebagai penilainya pula. Pendekatan seperti ini juga boleh dianggap sebagai analisis sinkronik.
Ramai pelukis dan penulis mengatakan bahawa senyum Monalisa yang cantik dan menawan, lebih-lebih lagi apabila dipandang dan ditenung lama-lama. Kata mereka senyuman Monalisa bagaikan senyuman orang hidup. Lirik matanya bagaikan hidup dan menawan kalbu. Jika ada orang yang menidakkan kecantikan potret Monalisa, maka dikatakan orang itu buta seni, tidak tahu menilai seni lukis. Demikian pujian yang sering diberikan peminat seni lukis dan penulis terhadap potret Monalisa sejak beratus-ratus tahun lalu. Pujian itu tidak kurang juga diberikan penulis dan pelukis tanah air kita ini. Bahkan ada pelukis dan penulis kita yang menganggap potret Monalisa sebagai karya seni yang agung, bermutu tinggi dan tiada bandingannya. Oleh kerana potret itu begitu terkenal, ada orang mengambil kesempatan mencetak dengan banyak dan acap kali dijual sebagai barang hiasan. Mereka menjadikan potret Monalisa sebagai barang dagangan. Begitu juga oleh kerana begitu taksub dan kagum, ada yang meletakkan potret Monalisa dalam bingkai gambar yang cantik dan mahal untuk dijadikan hiasan dalam rumah, sama ada di dalam bilik tetamu ataupun di bilik tidur. Ada yang sanggup membelinya dengan harga yang mahal walaupun mereka tahu lukisan itu tiruan atau fotokopi, bukan yang asal.
Potret Monalisa kini diletakkan di dalam muzium di negara kelahiran pelukisnya sendiri di Itali. Ia dijaga rapi dan diinsuranskan pula dengan jutaan ringgit. Oleh sebab itulah harga potret Monalisa kian hari kian tinggi, mungkin mencecah hingga berpuluh-puluh juta ringgit. Oleh itu, faktor penting yang boleh dianggap merangkumi keseluruhan kegiatan kritikan seni ialah faktor strukturalisme. Hal ini dapat menjeniskan situasi bagaimana mendedahkan tema dan konsep dalam sesuatu karya seni itu. Analogi yang dapat difahami di sini ialah konsep penceritaan bahasa seni dari keseluruhannya. Ia memungkinkan timbulnya pelukisan dan pertuturan dari bahantara seni dan senimannya.
Monalisa asalnya adalah dari nama orang yang benar-benar wujud. Dia lahir dan dibesarkan di sebuah bandar kecil bernama Florentine, Milan, Itali. Bandar ini terletak di kawasan berbukit-bukau dengan kegiatan ekonomi utamanya ketika itu ialah pertanian dan ternakan. Beberapa tahun yang lepas, seorang profesor mendakwa dia menemui nota yang ditulis seorang pelukis terkenal, yang menyatakan bahawa potret Monalisa adalah hasil lukisan model terkenal bernama Isabela Gualandi, yang lahir dan dibesarkan di Naples, Itali pada tahun 1491. Isabela Gualandi dikatakan mempunyai hubungan dengan Giuilano de Medici saudara kandung Pope Leo ke-X. Pendapat lain pula mengatakan bahawa Monalisa adalah isteri kedua saudagar Zanobi de Gloconda. Ada kemungkinan Zanobi de Gloconda ini dari kalangan orang Islam dengan berpandukan dua sebab. Pertama, nama Zanobi sendiri adalah seiras dengan nama orang Islam yang ramai terdapat di Itali, sama ada zaman Monalisa masih hidup, mahupun pada masa sekarang yang kebanyakannya sebagai ahli perniagaan. Kekuatan pemerintahan Islam di kawasan berkenaan pada zaman itu memang tidak dapat dinafikan. Keagungan Empayar Othmaniyah yang berpusat di Turki, berkembang hingga ke Balkan dan sekitar Itali serta di Sepanyol amat terserlah.
Kemungkinan kedua, Zanobi dikatakan beragama Islam, kerana Monalisa ialah isteri keduanya. Amalan beristeri lebih daripada seorang (poligami) berlaku di kalangan orang Islam kerana Islam sajalah yang membenarkan umatnya berpoligami. Zanobi de Glocondo menjemput Leonardo Da Vinci untuk melukis isteri keduanya itu yang dianggap perempuan tercantik di dunia pada zamannya. Ketika Leonardo belum terkenal sebagai pelukis, dia hanya pelukis amatur yang mendapat upah melukis secara kecil-kecilan. Hasil lukisannya dijual untuk menampung keperluan hidupnya yang tidak seberapa. Leonardo juga menjual lukisannya di kaki lima kedai kepada berminat.
Zanobi de Glocondo dan isterinya ketika itu sedang bersenang-senang di tempat peranginan di kaki pergunungan yang menjadi latar belakang potret Monalisa itu. Dia melihat Leonardo sedang melukis sesuatu, lantas dia meminta dilukis potret isterinya itu. Lukisan potret Monalisa yang asal berukuran kira-kira 36 inci tinggi dan 20 inci lebar itu memperlihatkan keseluruhan muka, dengan rambut terurai menutupi sebahagian bahunya. Lehernya yang jinjang nampak jelas dengan sebahagian dadanya terbuka. Sesungguhnya gambar ini amat berlawanan dengan nilai dan tradisi bukan sahaja masyarakat Islam, tetapi juga masyarakat Kristian pada masa itu yang masih kuat berpegang dengan nilai moral yang tinggi. Kebanyakan mereka berpakaian menutup aurat. Pada ketika itu semua wanita baik Islam mehupun bukan Islam, tidak berani mendedahkan aurat termasuk rambut. Kini terdapat beberapa pelukis nakal cuba mengubah imej potret Monalisa dengan pelbagai wajah. Misalnya Graham Dean mengubah lukisan Monalisa yang asal dengan cara: Monalisa dilukis dan digambarkan dengan berbadan tikus, Monalisa berbadan gorilla dan lain-lain haiwan. Terdapat juga Monalisa memakai seluar ‘Jean’ ketat dan ada potret Monalisa yang digambarkan dengan kaki terkangkang. Antara yang paling menarik ialah potret Monalisa dengan misai Hitler-tokoh orang yang paling kejam dan ganas dalam dunia menurut pandangan Barat. Di samping itu, terdapat juga ahli perniagaan yang mengeksploitasi wajah dan nama Monalisa untuk melariskan barang jualan mereka seperti minyak wangi, seluar jean dan bedak Bagaimanapun, mengapakah sehingga kini potret Monalisa begitu dikagumi manusia? Adakah dia wanita tercantik pada zaman itu jika dibandingkan dengan wanita lain? Atau banyak agenda yang perlu kita gali untuk mencari rahsia sebenarnya?
Perasaan untuk merasa keindahan itu adalah keinginan manusia yang semula jadi, sama seperti keinginan untuk merasa selamat, keinginan untuk berumah tangga, keinginan untuk menjadi ibu atau bapa. Setiap budaya menyediakan kaedah supaya orang dapat berkongsi sama pengalaman ketepikan tersebut, yakni, pengalaman merasa nikmat, indah, seronok, ceria. Kesemua perasaan yang positif ini memang boleh dirasai secara naluri, yang memerlukan rangsangan berupa bunyi-bunyian, lukisan warna dan kehalusan bahasa. Perasaan keindahan ini adalah satu hal yang luas bidangnya sehingga agak suka untuk memberi kata putus tentang keindahan. Orang perseorangan atau individu selalu berbeza dalam mengira apakah yang indah. Mesti ada consensus atau pendapat umum yang mengesahkan sesuatu bentuk itu indah atau tidak.