Kritikan
Teori

Tajuk
karya : Monalisa
Pengkarya:
Leornardo Da Vinci
Seni
adalah sesuatu yang indah. Pancaran keindahan itu terlihat dalam bahasa, puisi,
nyanyian dan dendangan, lukisan dan ukiran, kreativiti kraf tangan, silat dan
pencak. Indahnya seni menjadikan ia disukai kerana ada unsur harmoni dan
syahdu, yang menyebabkan hati menjadi terhibur, perasaan menjadi terusik,
lahirnya apresiasi, ada nilai estetika dan timbul rasa halus dan memberikan
kepuasan rohaniah yang tinggi. Menerusi karya monalisa yang merupakan karya
agung dunia. Banyak kritikan yang dijalankan menerusi kajian yang dilakukan. Ada
pelukis dan penulis berpendapat, potret Monalisa tidak mampu disaingi mana-mana
potret sehingga kini. Senyuman, lirikan mata dan raut wajahnya menyembunyikan
pelbagai perkara yang banyak pengertian. Demikianlah tingginya pujian diberikan
kepada Monalisa yang dihasilkan oleh pelukis Leonardo Da Vinci, pelukis Itali
yang hidup dalam kurun ke-15 Masihi. Takrif keindahan ialah tafsiran pelukis
terhadap modelnya yang duduk di depannya itu untuk dilukis. Pelukis Leonardo da
Vinci mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan potret tersebut, dari tahun
1500-1504 dengan tujuan untuk merakamkan konsep kejelitaan yang dikongsi oleh
masyarakat Itali pada zaman Renaissance. Ada ahli sejarah seni atau art
historian mentafsir potret itu sebagai usaha Leonardo untuk mengimbas wajah ibu
yang dia tidak kenal. Sebagai anak luar nikah Leonardo telah dipisahkan dari
ibunya sejak dia kecil lagi. Semua watak-watak wanita yang dilukisnya mempunyai
ciri keayuan ini sebagai tanda betapa rindunya Leonardo kepada ibu kandungnya
itu.
Oleh
itu, seni mempunyai kehidupannya yang tersendiri dengan kaedahnya yang
tersendiri juga. Perkembangan demi perkembangan itu banyak bergantung kepada
struktur dalaman. Ia menentukan kegiatan seni itu boleh berkembang. Gagasan perubahan
ini tidak terbatas kepada lukisan dan catan sahaja, tetapi juga berlaku kepada
semua bidang seni yang lain. Ia juga merupakan persoalan utama bagi amalan
menghayati karya itu sendiri. Penekanan yang diberikan terhadap perkaitan atau
hubungannya akan wujud pada keseluruhan karya seni itu. Analisis seni dari
structuralism sama seperti amalan analisis ilmu lain. Pembicaraan yang agak
sedikit tentang individu atau benda, tetapi lebih menekankan kaitan di antara
perkataan dan bahasa tampak, di antara bahan dengan bahantara, konvensi atau
unsur dan antara makna atau isi. Kaitan yang rapat di sini ialah di sebalik
jalinan yang tidak terlihat dan tersorok yang membolehkan pelukis melukis dan
penghayat menghayati serta pengkritik sebagai penilainya pula. Pendekatan
seperti ini juga boleh dianggap sebagai analisis sinkronik.
Ramai
pelukis dan penulis mengatakan bahawa senyum Monalisa yang cantik dan menawan,
lebih-lebih lagi apabila dipandang dan ditenung lama-lama. Kata mereka senyuman
Monalisa bagaikan senyuman orang hidup. Lirik matanya bagaikan hidup dan
menawan kalbu. Jika ada orang yang menidakkan kecantikan potret Monalisa, maka
dikatakan orang itu buta seni, tidak tahu menilai seni lukis. Demikian pujian
yang sering diberikan peminat seni lukis dan penulis terhadap potret Monalisa
sejak beratus-ratus tahun lalu. Pujian itu tidak kurang juga diberikan penulis
dan pelukis tanah air kita ini. Bahkan ada pelukis dan penulis kita yang
menganggap potret Monalisa sebagai karya seni yang agung, bermutu tinggi dan tiada
bandingannya. Oleh kerana potret itu begitu terkenal, ada orang mengambil
kesempatan mencetak dengan banyak dan acap kali dijual sebagai barang hiasan.
Mereka menjadikan potret Monalisa sebagai barang dagangan. Begitu juga oleh
kerana begitu taksub dan kagum, ada yang meletakkan potret Monalisa dalam
bingkai gambar yang cantik dan mahal untuk dijadikan hiasan dalam rumah, sama
ada di dalam bilik tetamu ataupun di bilik tidur. Ada yang sanggup membelinya
dengan harga yang mahal walaupun mereka tahu lukisan itu tiruan atau fotokopi,
bukan yang asal.
Potret
Monalisa kini diletakkan di dalam muzium di negara kelahiran pelukisnya sendiri
di Itali. Ia dijaga rapi dan diinsuranskan pula dengan jutaan ringgit. Oleh
sebab itulah harga potret Monalisa kian hari kian tinggi, mungkin mencecah
hingga berpuluh-puluh juta ringgit. Oleh itu, faktor penting yang boleh
dianggap merangkumi keseluruhan kegiatan kritikan seni ialah faktor
strukturalisme. Hal ini dapat menjeniskan situasi bagaimana mendedahkan tema
dan konsep dalam sesuatu karya seni itu. Analogi yang dapat difahami di sini
ialah konsep penceritaan bahasa seni dari keseluruhannya. Ia memungkinkan
timbulnya pelukisan dan pertuturan dari bahantara seni dan senimannya.
Monalisa
asalnya adalah dari nama orang yang benar-benar wujud. Dia lahir dan dibesarkan
di sebuah bandar kecil bernama Florentine, Milan, Itali. Bandar ini terletak di
kawasan berbukit-bukau dengan kegiatan ekonomi utamanya ketika itu ialah
pertanian dan ternakan. Beberapa tahun yang lepas, seorang profesor mendakwa
dia menemui nota yang ditulis seorang pelukis terkenal, yang menyatakan bahawa
potret Monalisa adalah hasil lukisan model terkenal bernama Isabela Gualandi,
yang lahir dan dibesarkan di Naples, Itali pada tahun 1491. Isabela Gualandi dikatakan
mempunyai hubungan dengan Giuilano de Medici saudara kandung Pope Leo ke-X.
Pendapat lain pula mengatakan bahawa Monalisa adalah isteri kedua saudagar
Zanobi de Gloconda. Ada kemungkinan Zanobi de Gloconda ini dari kalangan orang
Islam dengan berpandukan dua sebab. Pertama, nama Zanobi sendiri adalah seiras
dengan nama orang Islam yang ramai terdapat di Itali, sama ada zaman Monalisa
masih hidup, mahupun pada masa sekarang yang kebanyakannya sebagai ahli
perniagaan. Kekuatan pemerintahan Islam di kawasan berkenaan pada zaman itu
memang tidak dapat dinafikan. Keagungan Empayar Othmaniyah yang berpusat di
Turki, berkembang hingga ke Balkan dan sekitar Itali serta di Sepanyol amat
terserlah.
Kemungkinan
kedua, Zanobi dikatakan beragama Islam, kerana Monalisa ialah isteri keduanya.
Amalan beristeri lebih daripada seorang (poligami) berlaku di kalangan orang
Islam kerana Islam sajalah yang membenarkan umatnya berpoligami. Zanobi de
Glocondo menjemput Leonardo Da Vinci untuk melukis isteri keduanya itu yang
dianggap perempuan tercantik di dunia pada zamannya. Ketika Leonardo belum
terkenal sebagai pelukis, dia hanya pelukis amatur yang mendapat upah melukis
secara kecil-kecilan. Hasil lukisannya dijual untuk menampung keperluan
hidupnya yang tidak seberapa. Leonardo juga menjual lukisannya di kaki lima
kedai kepada berminat.
Zanobi
de Glocondo dan isterinya ketika itu sedang bersenang-senang di tempat
peranginan di kaki pergunungan yang menjadi latar belakang potret Monalisa itu.
Dia melihat Leonardo sedang melukis sesuatu, lantas dia meminta dilukis potret
isterinya itu. Lukisan potret Monalisa yang asal berukuran kira-kira 36 inci
tinggi dan 20 inci lebar itu memperlihatkan keseluruhan muka, dengan rambut
terurai menutupi sebahagian bahunya. Lehernya yang jinjang nampak jelas dengan
sebahagian dadanya terbuka. Sesungguhnya gambar ini amat berlawanan dengan
nilai dan tradisi bukan sahaja masyarakat Islam, tetapi juga masyarakat
Kristian pada masa itu yang masih kuat berpegang dengan nilai moral yang
tinggi. Kebanyakan mereka berpakaian menutup aurat. Pada ketika itu semua
wanita baik Islam mehupun bukan Islam, tidak berani mendedahkan aurat termasuk
rambut. Kini terdapat beberapa pelukis nakal cuba mengubah imej potret Monalisa
dengan pelbagai wajah. Misalnya Graham Dean mengubah lukisan Monalisa yang asal
dengan cara: Monalisa dilukis dan digambarkan dengan berbadan tikus, Monalisa
berbadan gorilla dan lain-lain haiwan. Terdapat juga Monalisa memakai seluar
‘Jean’ ketat dan ada potret Monalisa yang digambarkan dengan kaki terkangkang.
Antara yang paling menarik ialah potret Monalisa dengan misai Hitler-tokoh
orang yang paling kejam dan ganas dalam dunia menurut pandangan Barat. Di
samping itu, terdapat juga ahli perniagaan yang mengeksploitasi wajah dan nama
Monalisa untuk melariskan barang jualan mereka seperti minyak wangi, seluar
jean dan bedak Bagaimanapun, mengapakah sehingga kini potret Monalisa begitu
dikagumi manusia? Adakah dia wanita tercantik pada zaman itu jika dibandingkan
dengan wanita lain? Atau banyak agenda yang perlu kita gali untuk mencari
rahsia sebenarnya?
Perasaan
untuk merasa keindahan itu adalah keinginan manusia yang semula jadi, sama
seperti keinginan untuk merasa selamat, keinginan untuk berumah tangga,
keinginan untuk menjadi ibu atau bapa. Setiap budaya menyediakan kaedah supaya
orang dapat berkongsi sama pengalaman ketepikan tersebut, yakni, pengalaman
merasa nikmat, indah, seronok, ceria. Kesemua perasaan yang positif ini memang
boleh dirasai secara naluri, yang memerlukan rangsangan berupa bunyi-bunyian,
lukisan warna dan kehalusan bahasa. Perasaan keindahan ini adalah satu hal yang
luas bidangnya sehingga agak suka untuk memberi kata putus tentang keindahan.
Orang perseorangan atau individu selalu berbeza dalam mengira apakah yang indah.
Mesti ada consensus atau pendapat umum yang mengesahkan sesuatu bentuk itu
indah atau tidak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan