ISU 1 (KEBUDAYAAN)
SENI
TARIAN KUDA KEPANG MASYARAKAT JAWA DIMALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Jika
masyarakat Cina terkenal dengan Tarian Naga, masyarakat Jawa di Malaysia pula
terkenal dengan Seni Tarian Kuda Kepang. Tarian Kuda Kepang adalah suatu tarian
tradisional yang dibawa oleh masyarakat Jawa Indonesia ketika berhijrah ke
Tanah Melayu. Kuda Kepang merupakan patung berupa kuda tanpa kaki yang
diperbuat daripada anyaman buluh atau kulit binatang. Kemudian anyaman
berbentuk kuda itu diwarnakan atau di balut dengan kain batik agar kelihatan
lebih cantik dan menarik. Di Indonesia , yang menjadi negara asal Kuda Kepang,
pada kebiasaannya Tarian Kuda Kepang ini dipersembahkan di majlis-majlis
keraian dan menerima tetamu serta majlis perkahwinan.
Di dalam persembahan
Tarian Kuda Kepang, gerak langkah penari akan diiringi dengan alunan alat muzik
serta lagu tertentu. Setiap penari akan menunggang kuda anyamannya sambal
menari-nari. Pada awalnya, rentak tarian adalah agak perlahan tetapi semakin
lama semakin agresif dengan lagak seperti kuda. Sehingga tiba di satu peringkat
beberapa -penari seolah-olah hilang ingatan dan mampu melakukan aksi di luar
jangkaan seperti melompat setinggi enam kaki, melompat di atas kaca , memakan
rumput serta mengoyak kelapa dengan gigi.
Tarian yang
berasal dari Tanah Jawa , Indonesia ini , masih lagi dimainkan oleh masyarakat
Jawa di Malaysia khususnya di negeri Johor sama ada untuk persembahan kesenian
dan pelancongan ,malah di majlis-majlis perkahwinan. Namun begitu ada beberapa tempat
lain seperti di Selangor juga bergiat aktif di dalam persembahan Kuda Kepang
ini. Ini adalah kerana di Selangor juga memiliki ramai rakyat yang berketurunan
Jawa. Tarian Kuda Kepang ini sememangnya diakui sebagai salah satu seni warisan
masyarakat Jawa yang bernilai tinggi. Akan tetapi, dengan wujudnya unsur-unsur
khurafat dan syirik yang sering dilihat memberi kesan dari sudut aqidah,
syariat dan akhlak maka Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia telah mengharamkan
kegiatan Tarian Kuda Kepang ini dari terus dimainkan.
2.0 ISU KAJIAN
Perkembangan dunia serba kini dengan teknologi moden secara
halus telah membunuh tradisi sesebuah masyarakat terutamanya budaya seni tarian
kuda kepang. Penghasilan teknologi baru seperti gaming, permainan elektronik
dan robotik kian bertapak di dalam jiwa generasi baru pada masa kini dari
kesenian budaya masa dahulu. Golongan muda tidak lagi berminat untuk menjaga
dan memelihara tradisi masa lalu kerana ia dikatakan tidak bersesuaian pada era
zaman moden kini. Hanya golongan tua yang masih memelihara budaya tradisi
mereka yang kian dilupakan. Selain itu, Seni budaya tarian kuda kepang semakin hilang keseniannya dalam era moden .
Penggunaan teknologi dalam penghasilan sesuatu produk telah menarik golongan
muda berbanding tradisi lama yang masih mengekalkan penggunaan bahan semula
jadi. Akhir sekali, budaya tradisi masyarakat jawa golongan tua ini kian dilupakan oleh golongan muda. Golongan
muda telah banyak berpindah menetap di bandar-bandar dengan kehidupan yang
serba moden. Mereka tidak lagi mempedulikan tradisi tarian kuda kepang yang
hanya dipersembahkan dalam kalangan golongan tua malahan tidak berminat untuk
meneruskan tradisi tersebut yang semakin lama akan mati.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang pengkaji ketengahkan adalah mengapa tarian
kuda kepang yang masih berjiwa dalam golongan tua walaupun golongan muda sudah
kian melupakan tradisi tersebut. Pengkaji juga mempersoalkan mengapa golongan
muda merasakan tradisi ini tidak lagi bersesuaian dengan zaman mereka yang serba
moden. Akhir sekali, pengkaji cuba mempersoalkan adakah kesenian tarian kuda
kepang ini adalah jiwa budaya masyarakat jawa yang menggambarkan identiti mereka yang mempunyai
nilai atau keunikan tertentu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan