ISU 3 (SOSIAL
EKONOMI STATUS)
ANTARA DUA DARJAT
1.0 PENDAHULUAN
Antara dua
darjat sering menjadi ukuran dalam masyarakat pada zaman dahulu di antara
golongan bangsawan dengan golongan bawahan. Soal status keturunan,
kebangsawanan, kenegaraan dan kerjaya adalah sesuatu perkara yang cukup
mengental dalam semua corak masyarakat tidak kira bangsa sekalipun. Pada masa
kini, status seseorang juga menjadi ukuran yang semakin menular dalam
masyarakat. Demi untuk menjaga statusnya sesetengah masyarakat sanggup menjadi
zalim kepada orang lain. Menggunakan apa yang ada untuk memelihara status
tersebut.
Melihat
kepada kisah filem P.Ramlee. Menceritakan bagaimana filem ini merupakan filem
yang paling hampir kepada realiti sosial hari ini kerana memecahkan otak
saintis-saintis sosial kontemporari. Soal status quo keturunan, kebangsawanan,
kenegerian, ke-elitan adalah suatu perkara yang cukup sebati dalam lapisan
masyarakat sehinggakan isu konflik falsafah kedarjatan ciptaan manusia
ditentang dan dikritik oleh P.Ramlee semakin memuncak. Sehingga hari ini
setelah lebih setengah abad, "kritikan2" beliau terus
"dinikmati" orang tanpa jemu. Ini kerana, ia adalah realiti sosial
yang sebenarnya memang ingin dilihat oleh semua orang.
2.0 ISU KAJIAN
Antara dua darjat semakin menular dan berkembang dalam setiap
lapisan masyarakat kini. Walaupun zaman dan era itu sudah berubah namun isu
darjat dan hierarki sosial menjadi kayu ukir dalam sesuatu perhubungan terutama
soal perkahwinan yang melihat quo keturunan, kekayaan dan sebagainya. Keadaan
ini telah memberikan kesan buruk dalam kalangan masyarakat terutama golongan
muda.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan yang ingin pelukis ketengahkan adalah bagaimana
antara dua darjat ini memberikan kesan kepada orang lain. Melihat impian
mustahil diwujudkan dalam dua darjat yang berbeza kerana pelbagai kesan dan
akibat yang bakal menimba kepada mereka. Apakah darjat itu menjadi ukur penentu
kebahagian seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan