Bagaimana
anda menginterpretasikan pantun dalam lukisan bagi penghasilan karya?
Perkara pertama yang saya lakukan adalah memilih pantun
yang mempunyai maksud menjurus kepada diri saya bukan sekadar sebagai pantun
biasa. Sebenarnya pantun ini adalah dipilih sendiri oleh ibu saya yang katanya
merupakan sifat diri saya. ceritakan dan terjemahkan menurut hati saya sendiri.
Pantun itu ialah PUTIH UBAN TERLIHAT MATA, TANDA SUDAH TUA UMURNYA, RELA
BERKORBAN KERANA CINTA, AGAR HIDUP KITA BAHAGIA. Ketika saya mendapat pantun
ini, pertama kali saya lakukan adalah mencari makna tersirat, mencari kata
kunci pada setiap baris malah perkataan tersebut.
Setelah saya mengkaji setiap baris perkataan dan saya
memahami tentang pantun tersebut yang memfokuskan bukan kepada cinta, kasih
sayang tetapi bahagia dalam cinta bermaksud
bahagia yang datang dalam cinta sesudah mengharungi derita. Dalam baris
pertama dalam pantun ini menyatakan tentang putih uban terlihat mata. Putih
uban menggambarkan tentang usia, kitaran hidup, tempoh hidup atau perjalanan
hidup seseorang yang dari usia muda sehingga lanjut usia. Saya menggambarkan
imej 2 orang individu iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan yang jelas
terlihat tua usianya. Saya memperjelaskan lagi dengan melukis imej dua individu
ini dengan wajah yang berkerut, baju yang lusuh, renungan mata yang redup seperti
redupnya usia. Saya menggunakan media kering seperti pencil kerana mengambil
kira kehalusan dan kejelasan urat-urat pada 2 individu tersebut. Ini
menjelaskan kepada baris rangkap kedua iaitu tanda sudah tua umurnya.
Pada baris rangkap ketiga pula iaitu rela berkorban
kerana cinta. Sebelum saya memasukkan elemen tertentu saya cuba memahami apa
itu rela, rela adalah apabila kita memberi sesuatu tanpa meminta balasan
walaupun sekadar ucapan terima kasih. Rela dalam skop karya saya ialah kerelaan
hati seorang ibu kepada anak. Oleh itu saya memasukkan imej wanita dengan
seorang bayi atau ibu dengan anaknya. saya menggambarkan ibu dalam karya adalah
untuk menggambarkan tentang kasih sayang ibu yang ikhlas, tulus dan berani
berkorban kerana cinta. Kesakitan yang dirasai ketika melahirkan cinta disambut
dengan senyuman hati. Sakit tidak terlihat mata tetapi cinta tergambar dengan
senyumannya. Itulah imej yang saya gambarkan pada karya. Kenapa saya memasukkan
elemen pokok kerana kerelaan berkorban ini bukan dari tunas nya sahaja tetapi
ia tumbuh melakar segenap penjuru tanpa ada batas.
Baris terakhir pada pantun ialah agar hidup kita bahagia. Ketika saya
membaca rangkap ini saya bertanya pada diri apakah itu hidup? pengertian
hidup??...apa itu kita?? siapakah kita??..bahagi itu apa?? bagaimana bahagia
itu ada??.. persoalan ini bermain difikirkan saya. Sukar untuk saya terjemahkan
dalam karya sehingga saya melihat gambar
keluarga dan di situ saya temui sesuatu menjawab semua persoalan yang bermain
difikirkan. iaitu ikatan. Ikatan apa??ikatan cinta yang diikat bersaksi dua
cinta dan di lafaz untuk bersama-sama sehingga akhir hayat itulah bahagia kita.
Itulah gambaran pada bahagian atas karya saya. saya menggambarkan dua individu
dan dua kanak-kanak yang saling berpegang tangan menuju ke arah pokok yang
sudah besar dan berkembang. Semua gambaran ini adalah doa yang dikimpal
bersama-sama cinta.
Apakah bahan/media dan
teknik yang digunakan bagi menghasilkan karya?
Antara bahan yang
digunakan adalah pencil, arang, soft pastel, water colour dan oil paint. Media
yang digunakan adalah media basah atas kering dan kering atas kering. Teknik
yang digunakan adalah realistik.
Adakah warna memainkan
peranan penting dalam penghasilan karya? Seperti luahan emosi?
Warna bukan hanya
sebagai luahan emosi tetapi gambaran diri si pelukis pada pandangan saya. Jika
melihat pada karya ini warna yang saya gunakan adalah biru, oren, kuning dan hitam.
Warna biru pada imej dua org figura adalah kerana ketika saya sedih, atau
berduka saya akan melihat langit kerana di langit saya akan terbayangkan wajah
mereka. warna hitam digunakan untuk menggambarkan tentang kesusahan,
penderitaan, kesedihan yang tersirat. tetapi warna putih dicalit pada warna
hitam menggambarkan bahawa sinar pasti ada walaupun hanya di dalam kegelapan
itu. Ia menyatakan tentang diri si pelukis bahawa pahit hidup itu ada kebahagiaan.
warna oren dan kuning menggambarkan hari ini harus dilupakan, haris esok harus
diteruskan, dan saat itu tiba sambutlah dengan senyuman. Warna bagi pelukis
adalah makna tersirat yang diletakkan dalam
karya yang bersesuaian dengan situasi atau keadaan tertentu yang dialami
sendiri oleh pelukis. warna bukan coletan pada karya tetapi adalah coretan diri
pelukis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan